- Iklan -
Young-Voters
Galeri

Wajah pengundi muda Malaysia

Pengundi dari kumpulan Undi 18 meluahkan harapan mereka untuk negara ketika Malaysia bersiap sedia untuk berdepan satu lagi pusingan pilihan raya.

Gambar oleh Djohan Shahrin

Nurin Fatnin Mohd Nakoie, 18, akan mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, 12 Ogos ini. Bersemangat untuk menyertai pengundi lain, beliau berharap kerajaan dapat meningkatkan pendapatan agar setanding dengan kelayakan akademik dalam tenaga kerja.

Pelajar kolej, Nataliya Qistina Mohd Ali, 19, percaya pengundi Undi 18 sudah cukup matang untuk bersuara. Harapannya agar kerajaan akan mengkaji semula ketidaksepadanan antara gaji dengan kenaikan kos sara hidup, supaya rakyat tidak terlalu terbeban.

Anessa Syauqina Ruzailan, 19, sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen dan akan mengundi buat kali kedua pada PRN Selangor bulan depan. Beliau berharap kerajaan akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan belia.

Afiq Haikal Imran, 20, akan mengundi buat kali kedua pada PRN di Terengganu. Beliau percaya golongan muda boleh menentukan hala tuju negara dan berharap kerajaan akan terus memberi peluang kepada golongan muda bersuara melalui saluran yang sesuai.

Pelajar bagi jurusan sumber manusia, Dasswin Sivakumar, 20, akan keluar mengundi buat kali kedua di Selangor. Beliau berbangga kerana golongan belia boleh bersuara dalam memilih kerajaan dan berharap lebih banyak tindakan boleh dilakukan untuk mengawal harga barangan dan mewujudkan peluang kepada pelbagai etnik yang lebih besar dalam perkhidmatan awam.

Pelajar universiti, Seranraaj Manimaran, 20, akan mengundi buat pertama kali di Selangor bulan depan. Beliau mengharapkan pemulihan ekonomi memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat, dan lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan belia bagi membendung aliran migrasi ke luar negara.

Pelajar jurusan teknologi maklumat, Low De Wei, 20, akan mengundi buat kali kedua dalam PRN di Selangor. Beliau percaya bahawa Undi 18 mampu membuat keputusan terbaik, berdasarkan pendedahan mereka kepada perkembangan politik di internet.

Pelajar dalam bidang multimedia, Leong Yueh Wah, 20, juga yakin dengan kemampuan kumpulan Undi 18 untuk membuat keputusan yang tepat. Beliau berharap kerajaan memberi layanan sama rata kepada semua kaum dan membawa perpaduan kepada negara.

Pelajar bagi jurusan pemasaran Wu Ying Thung, 20, akan mengundi buat kali kedua dalam PRN di Kedah. Dia gembira kerana diberi peluang untuk bersuara, dan berharap perubahan dalam negara dapat membawa lebih banyak penambahbaikan.

Warga Sarawak Agnes Rain Renold, 19, ialah seorang pembantu jururawat di sebuah klinik swasta. Beliau mengundi buat kali pertama pada PRN ke-15 di Sarawak, dan percaya bahawa golongan muda harus diberi peluang untuk berucap. Harapannya ialah melihat Malaysia akan terus maju dengan diterajui pemimpin yang betul.