- Iklan -
Rohingya-MNow-290623-2
Galeri

Aidiladha bersama Rohingya

Pelarian Rohingya yang tinggal di Malaysia tetap meriah meraikan sambutan Aidiladha dengan ibadah korban.

Gambar oleh Ahmad Sadiq Mohamad Sani

Umat Islam Rohingya memulakan sambutan Aidiladha dengan menunaikan solat sunat berjemaah di sebuah masjid berhampiran Selayang di Kuala Lumpur.

Lelaki Rohingya menadah tangan sambil berdoa.

Selesai menunaikan solat, ada yang menuju ke majlis korban berhampiran.
Selesai menunaikan solat, ada yang menuju ke majlis korban berhampiran.
- Iklan -
Seorang wanita menjual daun sirih, makanan ringan bagi masyarakat Rohingya, di tepi jalan.

Seorang kanak-kanak Rohingya lengkap berpakaian baju Melayu menyertai rakan-rakannya menunggu upacara penyembelihan.

Sementara itu, lelaki Rohingya duduk di atas tembok rendah sambil menunggu majlis bermula.

Mereka disertai oleh sekumpulan kanak-kanak, tidak sabar-sabar menunggu upacara penyembelihan bermula.

Seorang kanak-kanak perempuan berbedak di mukanya memerhati acara dari belakang ibunya.

Selepas selesai aktiviti penyembelihan, kaum lelaki membawa besen daging yang mereka muatkan di atas lori untuk dibawa ke tempat agihan.

Di sana, daging dipotong-potong untuk diedarkan kepada masyarakat.

Potongan yang lebih besar digantung pada cangkuk logam untuk dipotong menjadi kepingan yang lebih kecil.

Sebahagian daripada daging itu dijadikan hidangan tradisional di pondok sementara di sebelah lot kedai.

Keluarga berkumpul untuk menikmati hidangan.
Keluarga berkumpul untuk menikmati hidangan.
- Iklan -
Makanan dikongsi bersama semua masyarakat Rohingya di sana.

Ia juga merupakan masa terbaik kepada jiran dan rakan-rakan duduk dan berbual.

Kanak-kanak Rohingya berkumpul di sekitar penjual aiskrim ketika orang dewasa meneruskan perbualan mereka.