- Iklan -
Tembakau02_Mnow_290523
Galeri

Tindakan keras terhadap tabiat merokok di lapangan terbang

Pegawai dari Jabatan Kesihatan Selangor menyerbu lapangan terbang, memeriksa mereka yang melanggar peraturan merokok di Malaysia.

Gambar oleh Djohan Shahrin

Anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Selangor menjalankan pemeriksaan di klia2, Sepang sempena Ops Mega Bersepadu. Ia merupakan satu inisiatif untuk memantau pematuhan orang ramai terhadap peraturan merokok.

Ramai yang terus merokok di tempat awam meskipun larangan sudah berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.

Seorang wanita menghisap vape sambil menggunakan telefonnya di lapangan terbang.
Seorang wanita menghisap vape sambil menggunakan telefonnya di lapangan terbang.
- Iklan -
Anggota penguat kuasa menghampiri kumpulan perokok yang sedang merokok di kawasan larangan.

Seorang pengembara dari China didatangi pegawai penguat kuasa.

Pegawai memberi taklimat kepadanya tentang peraturan merokok di Malaysia dan mengeluarkan notis atas kesalahan yang dilakukannya.

Wanita yang sedang menghisap vape tadi juga dikeluarkan notis kerana merokok di tempat awam.

Pegawai penguat kuasa bercakap dengan pengembara antarabangsa yang merokok di tempat awam sebelum mengeluarkan notis saman.

Putung rokok dimasukkan dalam beg plastik lut sinar sebagai bukti kesalahan.

Pegawai penguat kuasa memeriksa beg plastik yang mengandungi rokok yang dirampas bagi tujuan bukti.

Sekumpulan lelaki merokok di kawasan yang dikhaskan di klia2.

Tidak jauh dari situ, seorang lagi lelaki menerima notis daripada pegawai berpakaian biasa kerana merokok di luar kawasan yang dibenarkan merokok. Mereka yang meneruskan kesalahan itu boleh didenda sebanyak RM250 walaupun jumlah itu akan dikurangkan kepada RM150 jika dibayar dalam tempoh sebulan.

Seorang pegawai berpakaian biasa menghulurkan beg plastik selepas terserempak dengan pesalah lain.

Butiran individu ditulis dalam notis saman yang dikeluarkan. Sebanyak 441 notis diberikan kepada perokok dalam operasi itu.

Perokok membayar kompaun mereka di kaunter khas yang disediakan di lapangan terbang.