- Iklan -
Ittifaqiyah-MNow-210323-2
Galeri

Kehidupan di sebalik tragedi hitam pusat tahfiz di KL

Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah pernah menggemparkan negara dengan insiden kebakaran yang meragut puluhan nyawa tetapi hari ini detik hitam itu tidak melunturkan semangat pelajar dan guru untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Gambar oleh Ahmad Sadiq Mohamad Sani

Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur, kira-kira enam tahun selepas tragedi kebakaran yang meragut lebih 20 nyawa.

Kesan kebakaran masih dapat dilihat pada bangunan sementara yang digunakan oleh pelajar ketika pusat tahfiz baru itu sedang diubah suai.

Asrama yang pernah menempatkan pelajar pusat tahfiz tersebut.
Asrama yang pernah menempatkan pelajar pusat tahfiz tersebut.
- Iklan -
Di bangunan baru, kelas dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut umur.

Seorang pelajar duduk bersimpuh sewaktu gilirannya membaca al-Quran.

Di dalam bilik lain, seorang kanak-kanak lelaki tekun menggosok bajunya untuk bersiap ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Seorang pelajar lain melilitkan serban di kepalanya ketika bersiap untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Seorang kanak-kanak lelaki memakai butang di bajunya ketika memasuki ruang menempatkan himpunan kotak botol air minuman yang disusun di suatu penjuru.

Pelajar tahfiz berkenaan mendaki bukit di sepanjang Jalan Keramat Hujung sewaktu menuju ke masjid.

Pelajar tahfiz beratur untuk memasuki bangunan masjid.

Mereka duduk bersama orang dewasa, sambil mendengar imam menyampaikan khutbah.

Pada sebelah petang, mereka sempat bermain di gelanggang futsal yang terletak di belakang pusat tahfiz tersebut.

Pelajar lain duduk dan berbual di tangga sambil menyaksikan rakan mereka bermain futsal.

Walaupun kesan kebakaran masih kekal pada bangunan, namun para pelajar tetap ceria menjalani rutin harian dan meneruskan kehidupan seperti biasa.