- Iklan -
2022-MNow-301222-15
Galeri

Mengimbas kembali 2022

Sorotan pelbagai peristiwa besar yang berlaku sepanjang tahun 2022.

Gambar oleh Djohan Shahrin & Ahmad Sadiq Mohamad Sani

Anggota keselamatan mengiringi perarakan replika Dewa Murugan bagi menghalang orang ramai daripada berkumpul sewaktu perayaan Thaipusam yang diadakan di Ipoh, Perak ketika negara masih melaksanakan sekatan Covid-19 pada 18 Januari.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas beliau diperintahkan membela diri bagi 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah pada 24 Januari.

Seorang wanita berdoa sebelum melemparkan sebiji oren ke dalam tasik semasa sambutan Chap Goh Mei di Petaling Jaya pada 15 Februari.

Pengundi menunggu giliran untuk membuang undi di Muar ketika Pilihan Raya Neg

Pengundi muda menunjukkan jari mereka yang dicelup dakwat selepas mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Negeri Johor, 12 Mac lalu.

Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi meraikan kemenangan bersama pemimpin parti lain selepas keputusan Pilihan Raya Negeri Johor diumumkan pada 12 Mac lalu.

Pesawat Etihad dari Abu Dhabi dicuci sebaik tiba di KLIA di Sepang, selepas pembukaan semula sempadan Malaysia pada 1 April.

Ahli kariah masjid di Sepang bersembahyang tanpa prosedur penjarakan fizikal selepas peraturan tersebut dilonggarkan.

Orang ramai mengunjungi pasar Ramadan di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, selepas sekatan pandemik dilonggarkan pada April.

Bekas perdana menteri Najib Razak (kiri) berbahas dengan Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan ketua pembangkang  ketika Debat Perdana di Kuala Lumpur pada 12 Mei.

Penunjuk perasaan memegang sepanduk menggesa Singapura memansuhkan hukuman mati semasa acara nyalaan lilin di hadapan Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur.

Festival Bon Odori kembali diadakan selepas sekatan pandemik Covid-19 dilonggarkan, di mana ratusan peserta membanjiri Stadium Panasonic Shah Alam pada 16 Julai.

 Pandangan luaran kapal tempur pesisir, salah satu daripada beberapa kontroversi melibatkan Kementerian Pertahanan, di Boustead Naval Shipyard, Lumut, Perak, pada 13 Ogos.

Sebuah SUV hitam membawa Najib Razak ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman bagi kesalahan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International pada 23 Ogos.

Rakyat Malaysia membanjiri Dataran Merdeka di Kuala Lumpur untuk menyambut Hari Kebangsaan secara besar-besaran buat kali pertama selepas dua tahun sekatan Covid-19.

Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah dalam kes rasuah sistem hibrid solar pada 1 September.

Perdana menteri Ismail Sabri Yaakob (tengah), diiringi menteri kewangannya Tengku Zafrul Aziz, tiba di Parlimen di Kuala Lumpur untuk pembentangan Bajet 2023.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Ghani Salleh bercakap pada sidang media untuk mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 di Kuala Lumpur pada 20 Oktober, 10 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Seorang penunggang motorsikal meredah air banjir ketika tempoh kempen pilihan raya umum, yang diadakan ketika ramai meluahkan kebimbangan banjir yang biasa berlaku pada akhir tahun.

Pengundi beratur untuk membuang undi di sebuah pusat mengundi di Selayang pada 19 November.

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin (tengah) dan pemimpin lain gabungan itu meraikan keputusan pilihan raya yang menyaksikan kemenangan besar memihak kepada gabungan itu.

Pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai Anwar Ibrahim meraikan kemenangannya di 81 kerusi – bilangan kerusi terbanyak dimenangi berbanding gabungan lain pada PRU15 November lalu.

Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan bagi membincangkan pembentukan kerajaan sekali gus menyelesaikan kemelut politik pada 20 November.

Penyokong Pakatan Harapan menunggu di luar Istana Negara ketika Agong berbincang dengan pemimpin parti dalam menentukan siapa yang bakal mendapat sokongan majoriti di Kuala Lumpur pada 22 November.

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim selepas sidang media di mana beliau mengumumkan bahawa tiada keputusan dibuat mengenai pelantikan perdana menteri selepas mengadap Agong.

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media berasingan di mana beliau menegaskan untuk menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan selepas istana mencadangkan kerajaan perpaduan dibentuk.

Anwar Ibrahim melambai ketika masuk ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 di Kuala Lumpur pada 24 November.

Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media pertamanya sebagai perdana menteri di Sungai Long, Kajang.

Anwar Ibrahim menunjukkan senarai barisan Kabinetnya, termasuk pelantikan kontroversi Ahmad Zahid Hamidi sebagai salah seorang daripada dua timbalan perdana menterinya, di Putrajaya pada 2 Disember.

Pemandangan suasana tragik tanah runtuh yang melanda tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor, pada awal pagi 16 Disember. Seramai 31 orang terbunuh dalam tragedi itu.