- Iklan -
PerangBendera17_Mnow_111122
Galeri

Perang bendera mula ‘mengganas’

Pemasangan bendera, sepanduk dan poster untuk kempen pilihan raya menghangatkan suasana malam menjelang hari pengundian pada 19 November depan.

Gambar oleh Djohan Shahrin

Usaha kempen Pilihan Raya Umum ke-15 mula ditingkatkan sebaik sahaja calon disahkan pada hari penamaan 5 November lalu.

Di pusat logistik jentera pilihan raya Gombak, sukarelawan Perikatan Nasional mempersiapkan bendera untuk dipasang di sekitar kawasan Parlimen itu.

Kerja pemasangan bendera dibuat sehingga larut malam, namun sukarelawan tetap ceria membawa bahan kempen menggunakan motorsikal beroda tiga.

Sepanduk turut dipasang bersama pacakan bendera di sepanjang jalan.

Di pembahagi jalan di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, sukarelawan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan turut fokus memasang bendera.

Sukarelawan Perikatan Nasional menancapkan bendera di sepanjang pembahagi jalan raya di Taman Tasik Permaisuri.

Di bilik gerakan Pakatan Harapan di Taman Keramat Permai, bendera diedarkan kepada petugas parti.

Di Jalan Enggang, Keramat, sepanduk dinaikkan menghiasi kawasan sekitar.
Di Jalan Enggang, Keramat, sepanduk dinaikkan menghiasi kawasan sekitar.
- Iklan -
Bendera diikat pada tiang buluh sebelum dipasang di sekeliling blok pangsapuri kos rendah.

 Menara Berkembar Petronas menghiasi latar suasana aktiviti pemasangan bendera di pinggir kota Kuala Lumpur.

Sepanduk memaparkan gambar calon dan slogan tidak ketinggalan dinaikkan sebagai sebahagian cara mempromosi parti.

Sepanduk besar turut dipasang di jalan raya sepanjang tempoh perang bendera PRU15.

Sukarelawan menggunakan tangga untuk memasang bendera dan menaikkan sepanduk gergasi Pakatan Harapan.

Bendera kecil turut digantung di sepanjang jalan, ia berkibar ditiup angin membayangi kereta yang berlalu di bawahnya.

Petugas parti dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyelesaikan tugasan menggantung bendera sebelum matahari terbit bagi mengelak kesibukan lalu lintas di sebelah pagi.

Sokongan yang ditunjukkan kepada gabungan politik pilihan oleh penghuni flat Jalan Enggang, Keramat kelihatan setara dengan jumlah gantungan bendera.

Seorang warga emas berjalan di hadapan flat pangsapuri yang dimeriahkan dengan warna-warni bendera parti.

Seorang penunggang motorsikal melalui jalan raya yang dihiasi gantungan bendera di Jalan Raja Alang, Kampung Baru.