- Iklan -
Deepavali06_Mnow_201022
Galeri

Tiada persiapan Deepavali buat keluarga penghuni PPR Kerinchi

Dengan seorang anak perempuan yang berkerusi roda, M Kalaichelvi perlu bekerja keras untuk menyara keluarga.

Gambar oleh Djohan Shahrin

M Kalaichelvi dan keluarganya menetap di rumah pangsa kos rendah Kerinchi di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, sejak 25 tahun lalu.

Kalaichelvi berhenti kerja pejabat bagi menjaga empat anaknya di mana salah seorang daripada mereka berkerusi roda. Kini, ibu cekal itu memperoleh pendapatan dengan memandu kereta mengambil murid ke sekolah dan membawa mereka pulang.

Anak perempuannya, M Kanchana, turut bersekolah walaupun sukar kerana berkerusi roda.

Kanchana tidak berupaya untuk berjalan kerana tumor di  badannya telah menyekat saraf di tulang belakangnya.

Kini Kanchana berusia 13 tahun, dia hidup dengan keadaan sedemikian sejak berusia sembilan tahun.

Oleh kerana keadaan fizikalnya yang kurang upaya, Kanchana dibenarkan pulang lebih awal dari sekolah. Namun gadis istimewa itu sentiasa ada cerita baru untuk dikongsi bersama ibunya.

Kalaichelvi, yang banyak menumpukan perhatian untuk menguruskan anak perempuannya, berkata dia tidak membuat sebarang persiapan untuk perayaan Deepavali tahun ini.

Kanchana gemar melukis dan banyak menghabiskan masa membuat lakaran dan mewarna lukisannya.

Walaupun Kanchana boleh bergerak sendiri bagi jarak pendek, namun dia memerlukan bantuan jika perlu melakukan sesuatu di luar keupayaannya.

Gadis yang kini tidak lagi dapat berlari dan bermain di luar rumah, tekun menghabiskan masanya di bilik dengan pensel warna dan kertas lukisan.

Hobi Kanchana itu membuatkan dia sibuk dan tekun melukis sepanjang hari di rumah.

Nenek Kanchana, ibu mertua Kalaichelvi, tinggal bersama mereka di unit rumah pangsa itu. Dia juga memerlukan penjagaan kerana sudah tua dan pernah jatuh sebanyak dua kali.

Kalaichelvi berbangga dengan kebolehan anak perempuannya, dan yakin Kanchana mempunyai potensi yang besar walaupun tidak sihat seperti orang lain.

Kalaichelvi menghabiskan hujung minggunya dengan mengambil upah membersihkan rumah orang untuk menjana wang tambahan bagi menyara keluarganya.