- Iklan -
KampungPeta-MNow-080822-23
Galeri

'Hari Raya' di perkampungan Orang Asli

Sambutan perayaan yang diadakan di Johor itu bertepatan dengan Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia yang disambut secara tahunan pada 9 Ogos di mana ia dimeriahkan dengan pelbagai acara dan persembahan tarian tradisional.

Gambar oleh Ahmad Sadiq Mohamad Sani

Sebuah bot mengharungi Sungai Endau, berhampiran Kampung Peta di Johor Bahru di mana penduduk kampung sedang membuat persiapan perayaan tahunan mereka.

Seorang kanak-kanak duduk bercangkung di hadapan bangunan kayu di mana ia menjadi balai mahkamah bagi penduduk perkampungan suku Jakun.

Penduduk Kampung Sungai Temon yang berhampiran dengan penempatan itu turut serta dalam merancang persembahan tarian tradisional bagi perayaan tersebut.

Di tebing sungai, seorang lelaki membina pondok sementara untuk digunakan semasa perayaan.

Ketika orang dewasa merancang sambutan perayaan, kanak-kanak bermain di sungai melakukan pelbagai aksi.

Golongan remaja Orang Asli turut serta dalam kemeriahan perayaan dengan mandi-manda di sungai.

Ketika malam menjelang, penduduk kampung mula berkumpul untuk berlatih sebelum membuat persembahan diiringi alatan muzik tradisional.

Kanak-kanak turut menyertai latihan, menjaga langkah mengikut rentak dan alunan muzik.

Perayaan bermula di padang, di mana pelancong dan pengunjung dibenarkan menyertai pertandingan sumpit tradisional.

Seorang lelaki meniup sumpit ke arah sasaran sementara yang lain bersedia menunggu giliran mereka.

Seorang lelaki menyiapkan alat sumpitnya sebelum menunggu giliran.

Peluru sumpit diperbuat daripada kayu yang dikenali sebagai kayu abong, ia kemudiannya disapu dengan daun mempelas untuk melicin dan melancarkan proses sumpitan.

Pengadil memeriksa papan sasar selepas peserta membuat sumpitan mereka.
Pengadil memeriksa papan sasar selepas peserta membuat sumpitan mereka.
- Iklan -
Seorang peserta Orang Asli membuat sumpitan padu ke arah sasaran.

Sementara itu, di sungai, Orang Asli dari suku Seletar Laut bersiap sedia untuk acara lumba rakit.

Dalam acara berkumpulan dianggotai dua atau tiga peserta itu, mereka perlu menyusuri laluan sungai yang deras.

 Penduduk kampung berkumpul menyaksikan perlumbaan dari dari kawasan tinggi.

Apabila malam tiba, kanak-kanak bersiap sedia untuk persembahan tarian tradisional Orang Asli.

Dua orang penduduk kampung berdiri, lengkap berpakaian tradisional.

Wanita Seletar Laut juga bersiap sedia untuk acara malam itu.

Wakil-wakil dari suku Mah Meri turut ikut serta dalam persembahan malam dengan berpakaian tradisional mereka.

Sebaik sahaja alunan muzik dimulakan, wanita Seletar Laut memulakan tarian mereka.

Acara diteruskan dengan persembahan suku Jakun Kampung Peta.

Penduduk kampung yang lain duduk di bahagian tepi pentas untuk menonton persembahan.

Acara malam itu diakhiri dengan persembahan Orang Asli Mah Meri.