- Iklan -
NajibRazak-MNow-230822-14
Galeri

Hari akhir Najib di mahkamah

Bekas perdana menteri itu dihantar ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman bagi kesalahan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International.

Gambar oleh Ahmad Sadiq Mohamad Sani

Bekas perdana menteri Najib Razak (tengah) diiringi pegawainya ketika tiba di Istana Kehakiman Putrajaya untuk menghadiri prosiding rayuan akhir kes SRC International.

Di luar, lebih 100 penyokong setia Najib berkumpul bagi menunjukkan solidariti sementara petugas media menunggu perkembangan terkini pendengaran.

Ada daripada penyokong Najib yang datang dari jauh termasuk dari Pekan, Pahang, untuk menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan pemimpin mereka itu.

Seorang lelaki memakai bandana 'Bebas Bossku', merujuk gelaran yang dilihat sebagai usaha Najib menjenamakan dirinya semula selepas tumbang pada PRU14.

Peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik, memandang ke arah lobi di luar kamar mahkamah.

Najib melambai ke arah media ketika beliau menuju ke kafe sewaktu prosiding berehat tengah hari.

Rosmah Mansor tiba di Istana Kehakiman dengan berpakaian merah jambu untuk menghadiri perbicaraan suaminya.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa, diiringi ke kamar mahkamah.
Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa, diiringi ke kamar mahkamah.
- Iklan -
Bekas peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah, turut hadir di mahkamah selepas dipanggil untuk membantu Hisyam dalam permohonan supaya Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan kes itu.

Di ruangan luar Istana Kehakiman, seorang wanita menangis selepas mengetahui keputusan mahkamah yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib.

Penyokong Najib berwajah muram ketika mereka menerima keputusan mahkamah yang menghantar bekas perdana menteri itu ke penjara.

 Sebuah trak polis menunggu di luar Istana Kehakiman ketika persiapan dibuat untuk membawa Najib ke Penjara Kajang.

Rosmah melambai kepada pemberita ketika keretanya meninggalkan kompleks mahkamah selepas keputusan hakim.

Pegawai polis berkawal memastikan  orang ramai tidak merempuh ketika trak polis keluar dari perkarangan mahkamah.

Najib dibawa menaiki kenderaan SUV hitam ke Penjara Kajang di mana beliau akan memulakan hukuman penjara.