- Iklan -
KamalBike12_Mn0w_150822.jpg
Galeri

Dulu kendalikan kem motivasi, kini jual basikal terpakai

Kenangan pahit di Kem Lambaiana di Hulu Langat tidak melunturkan semangat Mohd Kamal Jusoh untuk teruskan hidup.

Gambar oleh Djohan Shahrin

Mohd Kamal Jusoh memiliki bengkel membaiki basikal di Kampung Sungai Serai di Hulu Langat, Selangor.

Kamal mengenakan harga yang lebih murah berbanding kedai membaiki basikal di kawasan bandar, di mana golongan yang kurang mampu juga turut membawa basikal mereka ke bengkelnya untuk dibaiki.

Satu ketika dulu, Kamal menjalankan perniagaan menyediakan kemudahan kem motivasi di Hulu Langat. Namun, ekoran kurang sokongan dan permintaan, akhirnya perniagaannya merudum.

Selepas selesai membaiki basikal, dia akan mengambil gambar untuk disiarkan di media sosial untuk promosi jualan.

Kebanyakan jualan Kamal dibuat secara terus kepada pelanggan yang berminat di Facebook.
 
Kadangkala, dia mendapati basikal untuk dibaik pulih di kedainya habis terjual, sehingga dia perlu mencari basikal rosak atau yang tidak lagi digunakan untuk dibaik pulih.

Kawasan kem motivasinya, Kem Lambaiana terletak di Sungai Gabai, Hulu Langat. Di sana, Kamal pernah mengadakan seminar dan sesi latihan untuk agensi kerajaan dan institusi pendidikan. Tetapi kini, kem itu tidak lagi beroperasi

Kamal berdiri di luar bangunan salah sebuah chalet di Kem Lambaiana, yang kini tiada lagi penghuni atau aktiviti. Berikutan tidak lagi mampu membayar sewa, dia terpaksa memulangkan premis itu kepada pemiliknya dan kini meninggalkan bidang itu.
 
Kamal masih ingat kenangan menjadi fasilitator di sana ketika tapak perkhemahan dipenuhi orang.

Di bengkel sederhananya, sebuah lori masuk di pintu hadapan untuk menurunkan muatan basikal lama.

Kamal memilih basikal yang masih boleh diselamatkan. Dia akan membelinya dengan harga murah dan kemudian akan memulihkan basikal itu dan menjualnya kepada mereka yang berminat.

Kamal perlu tawar-menawar dengan penjual untuk mendapatkan harga yang berpatutan bagi basikal yang dipilihnya.

Kamal tidak pernah belajar secara formal tentang cara membaiki basikal. Semua maklumat dipelajari daripada rakan-rakan dan internet.

Setiap hujung minggu, Kamal akan menyertai ‘car boot sale’ di Kota Damansara, di mana barangan terpakai dijual. Dia sering membawa satu atau dua buah basikal yang sudah dipulihkan untuk dijual bersama barangan lain.
 
Kamal menyerahkan topi keledar terpakai kepada seorang pelanggan untuk diperiksa. Walaupun pulangan tidak begitu besar, namun demi mencari rezeki, setiap hari dia akan berusaha sebaiknya.