Sunday, July 3, 2022

Kes harian lepasi 1,800 jangkitan, 3 lagi terkorban 

25,189 kes aktif direkodkan dengan 95.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

1,845 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,499,057 kes.

Sebanyak 1,825 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,438,212.

Ketika ini, 25,189 kes aktif direkodkan, dengan 24,089 atau 95.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 17 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,056 (4.2%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 27 kes dan 18 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. 

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 56.0% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.6%.

Tiga lagi korban dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,653 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles