Monday, July 4, 2022

Kes harian turun ke paras 2,500 jangkitan, 8 lagi terkorban

68,007 kes aktif direkodkan dengan 97.1% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

2,478 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,433,551 kes.

Sebanyak 9,215 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,330,037.

Ketika ini 68,007 kes aktif direkodkan, dengan 66,014 atau 97.1% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 86 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,809 (2.7%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 98 kes dan 63 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 55.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 13%.

Lapan korban termasuk dua kematian sebelum tiba di hospital turut dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,507 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles