Monday, July 4, 2022

Kes harian turun ke paras 4,000 jangkitan, 8 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 55% dengan kes Covid-19 merangkumi 13.1%.

Other News

4,006 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,431,073 kes.

Sebanyak 10,223 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,320,822.

Ketika ini 74,752 kes aktif direkodkan, dengan 72,906 atau 97.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 121 (0.2%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,627 (2.2%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 98 kes dan 61 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 55% dengan kes Covid-19 merangkumi 13.1%.

Lapan korban akibat wabak itu turut dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,499 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles