- Iklan -
Berita

Kes harian kekal bawah 10,000 jangkitan, 12 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 52.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 15.6%.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang peniaga pasar Ramadan Kampung Baru memakai pelitup muka  ketika membungkus makanan yang dipesan pelanggannya.
Seorang peniaga pasar Ramadan Kampung Baru memakai pelitup muka ketika membungkus makanan yang dipesan pelanggannya.

9,705 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,382,402 kes.

Sebanyak 14,346 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,238,471.

Ketika ini 108,522 kes aktif direkodkan, dengan 105,745 atau 97.4% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 375 (0.3%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 2,268 (2.1%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 134 kes dan 81 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 52.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 15.6%.

12 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk enam kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Setakat ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,409 orang.