- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 9,600 jangkitan, 16 lagi terkorban

113,175 kes aktif direkodkan dengan 97.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai melintas jalan di ibu negara dengan memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada wabak Covid-19.
Orang ramai melintas jalan di ibu negara dengan memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada wabak Covid-19.

9,673 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,372,697 kes.

Sebanyak 14,267 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,224,125.

Ketika ini 113,175 kes aktif direkodkan, dengan 110,385 atau 97.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 357 (0.3%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 2,281 (2%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 152 kes dan 87 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 51.1% dengan kes Covid-19 merangkumi 17.7%.

16 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk lima kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Setakat ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,397 orang.