Wednesday, May 18, 2022

Kes harian lepasi 21,400 jangkitan, 73 lagi korban

252,671 kes aktif direkodkan, dengan 96.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

21,483 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,032,435 kes.

Sebanyak 32,561 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,745,229.

Ketika ini 252,671 kes aktif direkodkan, dengan 244,262 atau 96.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 1,453 (0.6%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 6,617 (2.6%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 339 kes dan 209 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 58.1% dengan kes Covid-19 merangkumi 38.3%.

73 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 25 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 34,535 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles