Friday, July 1, 2022

WHO syor pil keluaran Merck bagi pesakit Covid bergejala ringan

Pil molnupiravir perlu diambil secepat mungkin selama lima hari sebaik sahaja gejala jangkitan dilihat pada pesakit.

Other News

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pengambilan pil anti-Covid kepada mereka yang bergejala ringan namun berisiko dimasukkan ke hospital, terutama golongan warga emas dan individu yang belum divaksinasi.

Pil molnupiravir yang dibangunkan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Merck perlu diambil secepat mungkin selama lima hari sebaik sahaja gejala jangkitan itu dilihat pada pesakit.

Dalam British Medical Journal, kumpulan pakar WHO memaklumkan, individu yang mempunyai sistem imun lemah atau menghidapi penyakit kronik turut disaran mengambil pil berkenaan jika mengalami gejala ringan Covid-19.

Bagaimanapun, mereka berkata “pesakit muda yang sihat, termasuk kanak-kanak serta wanita mengandung dan menyusukan bayi, tidak perlu mengambil pil tersebut kerana berpotensi mendatangkan bahaya”.

WHO mengemukakan syor tersebut berdasarkan keputusan enam ujian rawak yang dilakukan secara terkawal membabitkan seramai 4,796 pesakit, menjadikannya sebagai “set data terbesar berkaitan ubat tersebut setakat ini”.

Ujian itu turut mencadangkan bahawa molnupiravir berupaya mengurangkan risiko kemasukan ke hospital, dengan 43 kemasukan untuk setiap 1,000 pesakit berisiko tinggi, selain menghilangkan gejala dalam kadar dengan cepat iaitu secara purata 3.4 hari.

Ia juga dilaporkan berupaya mengurangkan kadar kematian iaitu enam dari 1,000 pesakit.

Bagaimanapun, WHO mengakui wujud beberapa “isu berkaitan kos dan akses kepada molnupiravir terutama membabitkan negara berpendapatan rendah dan sederhana sekali gus membuka cabaran terhadap ketidakseimbangan kesihatan”.

Biarpun vaksin kekal menjadi kaedah utama dalam melawan Covid-19, pakar menyambut baik kaedah rawatan pil terbaru itu, yang berkesan melawan varian serta berupaya menyekat penularan virus itu.

Selain molnupiravir, satu lagi pil rawatan Covid adalah keluaran Pfizer iaitu Paxlovid.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles