- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 3,500 jangkitan

Sebanyak 2,776,699 kes keseluruhan Covid-19 dicatatkan setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berehat sambil menikmati pemandangan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.
Orang ramai berehat sambil menikmati pemandangan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

3,543 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,776,699.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 3,484 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,705,292.
Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 253 kes di mana 203 daripadanya disahkan Covid-19.
Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 130 kes di mana 86 adalah kes Covid-19.
Dari 3,543 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 53 kes (1.5%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,490 kes (98.5%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.