- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 2,800 jangkitan

2,769,886 kes keseluruhan Covid-19 direkodkan setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai memakai pelitup muka di ibu negara Kuala Lumpur pada malam Tahun Baru 2022 bagi membendung jangkitan Covid-19.
Orang ramai memakai pelitup muka di ibu negara Kuala Lumpur pada malam Tahun Baru 2022 bagi membendung jangkitan Covid-19.

2,842 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,769,886.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 2,862 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,698,613.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 252 kes di mana 196 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 134 kes di mana 82 adalah kes Covid-19.

Dari 2,842 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 47 kes (1.9%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 2,795 kes (98.3%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.