- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 3,500 jangkitan

2,758,086 kes keseluruhan Covid-19 dicatat setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai beriadah di Tasik Titiwangsa di bawah Pelan Pemulihan Negara yang memberikan kelonggaran kepada penerima vaksin lengkap.
Orang ramai beriadah di Tasik Titiwangsa di bawah Pelan Pemulihan Negara yang memberikan kelonggaran kepada penerima vaksin lengkap.

3,573 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,758,086.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 3,988 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,685,378.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 269 kes di mana 217 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 163 kes di mana 83 adalah kes Covid-19.

Dari 3,573 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 52 kes (1.5%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,521 kes (98.5%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.