Saturday, January 29, 2022

Kes harian kekal di paras 3,500

Malaysia kini mencatat 2,731,713 kes keseluruhan Covid-19.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 3,510 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,731,713.

4,998 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,652,585.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 329 kes di mana 255 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 179 kes di mana 121 adalah kes Covid-19.

Dari 3,510 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 59 kes (1.7%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,451 kes (98.3%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles