Thursday, January 20, 2022

Kes harian lepasi 3,100 jangkitan

Negara kini mencatat 2,724,684 kes keseluruhan Covid-19.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 3,140 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,724,684.

4,278 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,642,469.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 353 kes di mana 275 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 189 kes di mana 125 adalah kes Covid-19.

Dari 3,140 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 64 kes (2%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,076 kes (98%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles