Monday, January 24, 2022

Kes harian lepasi 4,900 jangkitan

Malaysia kini merekodkan 2,667,999 kes keseluruhan Covid-19.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,965 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,667,999 kes.

4,817 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,576,870.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 437 kes di mana 375 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 240 kes di mana 167 adalah kes Covid-19.

Dari 4,965 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 96 kes (1.9%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,869 kes (98.1%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles