- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 lepasi 4,800 jangkitan

Malaysia kini mencatatkan 2,632,782 kes keseluruhan Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung berkelah di Sungai Congkak, Hulu Langat selepas kelonggaran diberikan kepada penerima vaksin lengkap di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Pengunjung berkelah di Sungai Congkak, Hulu Langat selepas kelonggaran diberikan kepada penerima vaksin lengkap di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,879 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,632,782 kes.

5,168 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,537,204.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 509 kes di mana 394 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 252 kes di mana 172 adalah kes Covid-19.

Dari 4,879 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 79 kes (1.6%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,800 kes (98.4%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.