Wednesday, December 1, 2021

Kes harian lepasi 5,500 jangkitan

Malaysia kini merekodkan 2,597,080 kes keseluruhan Covid-19.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,594 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,597,080 kes.

4,908 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,498,345.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 532 kes di mana 424 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 266 kes di mana 168 adalah kes Covid-19.

Dari 5,594 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 85 kes (1.5%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,509 kes (98.5%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles