Friday, December 3, 2021

BN langgar undang-undang kempen guna muka Sulaiman, kata penyelaras PRN PN

Ini kerana Sulaiman bukan ketua parti di peringkat pusat atau negeri. 

Other News

Penyelaras Penerangan Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Badrul Hisham Shaharin mendakwa Barisan Nasional (BN) melanggar undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya selepas menggunakan gambar bekas ketua menteri Melaka, Sulaiman Md Ali sebagai bahan kempen PRN.
Katanya, undang-undang pilihan raya menetapkan hanya gambar ketua parti di peringkat pusat dan negeri dibenar dalam kempen PRN.
“Sulaiman yang merupakan salah satu calon bukan ketua parti di Melaka, itu sebab Sulaiman jadi boneka,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Badrul merujuk kepada status Sulaiman sebagai calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu.
Tinjauan MalaysiaNow mendapati gambar Sulaiman diletakkan pada papan iklan di seluruh negeri dan tidak terhad hanya di Lendu.
Pada 2018, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hanya gambar calon, presiden dan timbalan presiden atau setarafnya boleh digunakan sebagai bahan kempen pada PRU-14.
Dalam pada itu, ketika menjawab dakwaan mengenai gambar Muhyiddin yang ditonjolkan oleh PN, Badrul berkata Muhyiddin menonjol kerana BN dan Pakatan Harapan (PH) enggan menonjolkan pengerusi masing-masing.
“Kita tidak pernah berselindung dan kita bangga dengan pencapaian Muhyiddin,” ujarnya.
Badrul berkata, BN enggan menampilkan gambar pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden Umno kerana terkait skandal rasuah dan pecah amanah yang sedang dibicarakan ketika ini.
Manakala Anwar selaku pengerusi PH tidak popular di kalangan pengundi Melayu di Melaka.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles