- Iklan -
Berita

Kes harian rekod jangkitan lepasi 5,400

Malaysia kini merekodkan kes keseluruhan sebanyak 2,556,865.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana restoran Dataran Portugis, Melaka mengalami sedikit penurunan jumlah  pelanggan selepas pembukaan semula dari pandemik Covid.
Suasana restoran Dataran Portugis, Melaka mengalami sedikit penurunan jumlah pelanggan selepas pembukaan semula dari pandemik Covid.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,413 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,556,865 kes.

6,013 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,461,780.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 545 kes di mana 458 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 264 kes di mana 184 adalah kes Covid-19.

Dari 5,413 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 102 kes (1.9%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,311 kes (98.1%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.