Saturday, November 27, 2021

Kes baru Covid-19 lepasi 5,000

5,071 kes baru direkodkan hari ini.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,071 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,481,339 kes.

5,372 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,385,432.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 557 kes di mana 498 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 300 kes di mana 207 adalah kes Covid-19.

Dari 5,071 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 121 kes (2.4%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,950 kes (97.6%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles