Monday, December 6, 2021

Kes harian Covid-19 kekal di paras bawah 5,000

Malaysia kini mencatat 2,476,268 jangkitan positif.

Other News

Malaysia mencatat 4,626 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan sebanyak 2,476,268 jangkitan.

5,299 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,380,060.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 569 kes di mana 503 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 301 kes di mana 213 adalah kes Covid-19.

Dari 4,626 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 94 kes (2.0%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,532 kes (98.0%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles