- Iklan -
Berita

90.6% dewasa lengkap divaksinasi, lebih 46 juta suntikan diberikan

Setakat ini, 94.9% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang Asli di daerah Hulu Langat menerima vaksinasi daripada petugas kesihatan.
Orang Asli di daerah Hulu Langat menerima vaksinasi daripada petugas kesihatan.

21,591,116 individu atau 90.6% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara 24,567,968 atau 94.9% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Dari segi populasi keseluruhan, 66.2% sudah menerima vaksin lengkap sementara 75.2% lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 209,534 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 46,044,734.

Kelantan dan Sabah kekal sebagai negeri yang belum mencecah 80% populasi divaksinasi lengkap, dengan masing-masing mencatat 74.4% dan 66%.