- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 kekal di paras 9,000

Selangor kembali mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,796 disusuli Sarawak yang mencatat 1,339 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas perubatan tentera memberi vaksin kepada anggota tentera dan penduduk di Kem Sungai Besi secara pandu lalu.
Petugas perubatan tentera memberi vaksin kepada anggota tentera dan penduduk di Kem Sungai Besi secara pandu lalu.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 9,751 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,323,478 kes.

Selangor kembali mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,796 disusuli Sarawak yang mencatat 1,339 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 705, Kedah (578), Pulau Pinang (632), Perak (643), Kuala Lumpur (313), Pahang (551), Melaka (244), Negeri Sembilan (243), Terengganu (650), Kelantan (1,052) dan Johor (864).

Putrajaya (45) dan Perlis (94) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

Sementara Labuan tidak mencatatkan kes hari ini.