- Iklan -
Berita

Sekolah dibuka semula mengikut fasa PPN, guna sistem giliran bermula 3 Oktober

Murid akan dibahagiakan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani sesi persekolahan secara bersemukan dengan sistem giliran.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Radzi Jidin ketika melawat sekolah. Menteri pendidikan itu melawat ratusan sekolah dalam usaha memahami ekosistem pendidikan negara.
Radzi Jidin ketika melawat sekolah. Menteri pendidikan itu melawat ratusan sekolah dalam usaha memahami ekosistem pendidikan negara.

Kementerian pendidikan Malaysia (KPM) berkata pembukaan semula sekolah di seluruh negara akan dilaksanakan berdasarkan fasa-fasa yang telah ditetapkan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan sistem giliran di mana pelajar bagi setiap kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan bagi menjalani sesi persekolahan secara bersemuka bermula 3 Oktober depan.

Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata keputusan tersebut diambil selepas penelitian KPM yang mendapati penting untuk memastikan pelajar tidak terlalu lama berada di rumah tanpa menjalani sesi persekolahan.

“Mereka telah renggang ke sekolah untuk satu tempoh yang panjang, jadi kita mesti kembalikan mereka ke sekolah dahulu,” katanya hari ini.

Beliau berkata langkah untuk membahagikan pelajar tersebut adalah bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal dapat dilaksanakan secara berkesan selepas mempertimbangkan masalah-masalah yang dihadapi sekolah pada sesi terdahulu.

Bagaimanapun, beliau berkata sistem giliran tersebut tidak dilaksanakan di sekolah berasrama.

Sementara itu, Radzi berkata semua sekolah di negeri dalam Fasa Satu PPN tidak akan dibuka dalam tempoh itu dan pelajar akan meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Radzi menjelaskan, pembukaan sekolah bagi negeri Fasa Dua hanya melibatkan murid berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang akan hadir tanpa penggiliran.

Selain itu ialah murid tingkatan enam semester dua, International Baccalaureate Diploma (IBD) Tahun 2 dan Program Pra Universiti semester tiga di sekolah sukan Malaysia, MBK di SMPK dan SMPKP serta Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan murid kelas peperiksaan antarabangsa.

“Bagi Fasa Tiga, kebenaran pembukaan sekolah akan diluaskan terhadap murid prasekolah dan tadika swasta.

“Bagi peringkat sekolah menengah, kebenaran diberi kepada murid kelas peperiksaan antarabangsa yang lain dan murid kelas peperiksaan awam di sekolah awam dan swasta untuk hadir secara penggiliran.

“Sementara itu, murid pra universiti Sekolah Sukan Malaysia dan kelas peperiksaan awam di sekolah asrama penuh pula hadir tanpa penggiliran,” tambahnya.

Beralih ke Fasa Empat, Radzi berkata, murid tahap satu membabitkan tahun satu, dua dan tiga dibenarkan hadir secara bergilir bermula 17 dan 18 Oktober manakala murid tahap dua melibatkan tahun empat, lima dan enam akan hadir secara bergilir bermula 31 Oktober dan 1 November.

“Diperingkat sekolah menengah, semua murid sekolah asrama penuh dibenarkan hadir manakala murid sekolah harian, swasta, sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat hadir secara bergilir.