Monday, September 27, 2021

PM kontak rapat Covid-19, tak hadir upacara angkat sumpah Kabinet

Ismail memulakan kuarantin kendiri hari ini.

Other News

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mula menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

PMO berkata Ismail tidak dapat menghadiri istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia menteri dan timbalan menteri persekutuan petang ini.

Upacara mengangkat sumpah pelantikan Kabinet di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dijadualkan pada pukul 2.30 tengah hari ini.

Seramai 31 menteri dan 38 timbalan dijangka mengambil bahagian dalam upacara angkat sumpah tersebut.

Bagaimanapun, awal hari ini, Ahli Parlimen Kimanis Mohamad Alamin, yang dinamakan sebagai timbalan menteri pendidikan dalam Kabinet Ismail berkata beliau didapati positif Covid-19 dan tidak dapat menghadiri upacara tersebut

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles