Sunday, September 26, 2021

Zahid masuk hospital, perbicaraan rasuah mungkin tangguh lagi

Sumber di hospital tersebut berkata Zahid dimasukkan ke pada Ahad, namun butiran sakit yang dihidapinya tidak diberikan.

Other News

Perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi nampaknya akan sekali lagi ditangguh bagi kali ketiga selepas presiden Umno itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Sumber di hospital tersebut berkata Zahid dimasukkan pada Ahad lalu, namun butiran sakit yang dihidapinya tidak diberikan.

Ketika dihubungi, peguam Zahid, Hisyam Teh Poh Teik mengesahkan anak guamnya tidak akan menghadiri mahkamah esok.

“Saya akan maklumkan kepada mahkamah nanti,” katanya kepada MalaysiaNow.

Zahid berdepan 40 pertuduhan rasuah berhubung sistem visa luar negara (VLN).

Perbicaraan yang sudahpun ditangguhkan dua kali ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP) dijadualkan bersambung esok di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Zahid yang merupakan timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri ketika Najib Razak menerajui pentadbiran bakal berdepan hukuman 20 tahun penjara jika disabitkan kesalahan bagi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah sekitar RM42 juta dari sebuah syarikat bagi melanjutkan kontrak sebagai operator sistem visa luar negara.

Beliau turut didakwa menerima suapan dalam pelbagai wata wang – S$1,150,000, RM3,000,000, €15,000 dan AS$15,000 – daripada syarikat yang sama.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles