- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 jangkau 20,000 sekali lagi

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,645.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2021 - Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-Ntech untuk dos ke dua kepada penerima yang hadir secara pandu lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, di Cheras

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 20,837 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,593,602 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,645 disusuli Sabah (3,376), Kedah (1,772), Johor (1,743), Sarawak (1,543), Kelantan (1,422), Kuala Lumpur (1,284), dan Perak (1,242).

Hanya Labuan (4) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 257,417 kes.

Negara juga mencatat sebanyak 18,613 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,316,336.

Dalam pada itu, 1,063 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 511 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 211 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 14,553.