Kes baru catat rekod tertinggi jangkau 22,200 jangkitan
Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,858.
Terkini
Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 22,242 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,466,512 kes.
Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,858 disusuli Sabah (2,413), Pulau Pinang (1,867), Kedah (1,852), WPKL (1,587), Johor (1,477), Sarawak (1,403), Kelantan (1,351), Perak (1,036), Pahang (675), dan Melaka (579).
Labuan (5) sahaja negeri yang mencatatkan kes satu digit hari ini.
Negara juga mencatat sebanyak 17,450 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,162,578.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 254,484 kes.
Dalam pada itu, 1,060 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 540 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia turut mencatat 225 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 13,302.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.

