Saturday, September 18, 2021

Pengusaha ‘hotel kucing’ turut terjejas kerana pandemik Covid-19

Perniagaan hotel kucing turut terkesan selepas sektor pelancongan berdepan impak teruk akibat sekatan pergerakan di seluruh negara.

Other News

Pandemik Covid-19 bukan sahaja menyebabkan perusahaan hotel terjejas sehingga ada yang terpaksa menutup operasi, tetapi turut memberikan kesan kepada perniagaan hotel untuk haiwan peliharaan.

“Hotel kucing” yang selama ini menjadi pilihan ramai pemilik untuk menghantar haiwan peliharaan kesayangan mereka apabila terpaksa pulang kampung atau bertugas di luar negara kini kurang mendapat sambutan selepas beberapa siri perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi mencegah penularan Covid-19.

Salah seorang pengusaha hotel kucing di Ampang, Selangor Izzroy Isahak berkata, sebelum ini Izzlisha Majesty Cattery sering menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk menghantar kucing kesayangan mereka apabila terpaksa meninggalkan rumah untuk bertugas atau bercuti.

“Tapi sekarang tiada langsung,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Selain hotel kucing, kita juga ada menjual produk pasir kucing dalam bentuk tofu, Alhamdulilah jualan produk ini yang membuatkan kami bertahan. Setidak-tidaknya sedikit menampung perniagaan hotel yang merudum.”

Hampir tidak ada penghuni di hotel kucing sepanjang pandemik. Pengusaha hotel kucing terpaksa membuat perniagaan lain bagi menampung kos.

Izzroy berkata selain penjualan produk pasir kucing jenama sendiri, beliau juga masih menjalankan perkhidmatan mendandan kucing (cat grooming) dan spa kucing.

Ditanya macam mana keadaan perniagaannya sebelum PKP, beliau menyatakan, sebelum perintah tersebut dilaksanakan, ketika larangan agak longgar, beliau masih mendapat pelanggan.

“Waktu itu ada lagi orang hantar sekitar lima hingga enam ekor kucing,” katanya.

Kedai Izzroy berada di Villa Intan 16C, Jalan U-Thant, Taman U-Thant, 55000 Kuala Lumpur.

Perniagaan yang dibuka sekitar 2019 itu beroperasi setiap hari kecuali Isnin dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Mereka menyediakan perkhidmatan hotel kucing, yang berhawa dingin dengan harga RM25 satu malam.

Bilik kucing akan dicuci setiap hari termasuk kotoran akan dua buang kali sehari bagi memastikan haiwan kesayangan anda.

Kekal positif dengan apa yang berlaku kepada negara dan seluruh dunia, Izzroy berharap pandemik ini segera berakhir supaya perniagaannya dapat terus bertahan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles