- Iklan -
Berita

Menteri Umno letak jawatan kerana setia pada parti

Shamsul mahu fokus dengan tugasnya sebagai ahli Parlimen Lenggong.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Shamsul Anuar Nasarah di ibu pejabat Umno.
Shamsul Anuar Nasarah di ibu pejabat Umno.

Ahli Parlimen Umno Shamsul Anuar Nasarah hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri tenaga dan sumber asli.

“Mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti. Maka, sebagai ahli Umno yang patuh dan setia kepada parti. Saya dengan ini meletak jawatan sebagai ahli jemaah menteri kerajaan persekutuan,” katanya Shamsul dalam sebuah kenyataan hari ini.

Shamsul yang merupakan ahli Parlimen Lenggong sebelum ini menyatakan mahu meletakkan jawatan menjelang Perhimpunan Agong Umno pada Mac lalu.

Dalam kenyataan sama, Shamsul menyatakan terima kasih kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana diberikan peluang berkhidmat sebagai menteri dalam Kabinet.

Dengan peletakan jawatan itu, beliau berkata akan fokus dengan tugasnya sebagai ahli Parlimen dan “membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar”.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak menjadi pemimpin utama yang berkempen supaya ahli-ahli Kabinet Umno meletakkan jawatan mereka dalam usaha untuk menggulingkan pentadbiran Muhyiddin.