- Iklan -
Berita

Isu pertukaran ‘guru duka lara’ dalam fasa akhir penelitian, kata menteri pendidikan

Ex: Isu yang berlarutan selama bertahun-tahun bakal temui jalan penyelesaian.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Pendidikan Mohd Radzi Jidin.
Menteri Pendidikan Mohd Radzi Jidin.

“Guru duka-lara” yang memohon pertukaran boleh menarik nafas lega apabila isu permohonan pertukaran kini dalan fasa akhir penelitian kementerian pendidikan (KPM).

Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin berkata, pendekatan yang lebih efisien dan menyeluruh sedang diteliti.

“Dalam menimbang permohonan pertukaran guru, KPM perlu memastikan pembelajaran murid tidak terjejas.

“Ini bermaksud, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran di negeri dan di tempat yang dimohon merupakan pertimbangan utama,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Istilah guru duka-lara merujuk kepada guru yang berkahwin dan terpisah antara satu sama lain.

Kebanyakan membabitkan guru yang bertukar di Sabah dan Sarawak manakala pasangan berada di Semenanjung.

Radzi berkata, beliau menerima pelbagai maklum balas berkenaan isu itu.

Beliau berkata, KPM akan terus mencari ikhtiar yang terbaik bagi menjamin masa depan pelajar.

Pada 2019, dilaporkan terdapat kira 23,000 permohonan pertukaran guru dilaporkan.

Daripada jumlah itu, hanya 2,245 permohonan diluluskan.

Terdahulu, Radzi berkata KPM berdepan pelbagai kekangan dalam menangani isu tersebut.