- Iklan -
Berita

Kes baru jangkau 11,000 jangkitan, lagi 125 korban Covid-19 dicatat

Selangor catat kes harian tertinggi sebanyak 5,263.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan memberikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada penduduk di Surau Al-Mustaqim, Mentari Court yang terletak di Petaling Jaya. Mentari Court antara kawasan di daerah Petaling Jaya yang terawal dikenakan PKPD di Lembah Klang selepas PKP 3.0 dilaksanakan di seluruh negara.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 11,079 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 855,949.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,263 disusuli Kuala Lumpur (1,521), Negeri Sembilan (1,033), Kedah (497), Sarawak (472), Johor (406), Perak (329), Melaka (323), Pahang (321), dan Sabah (239).

Hanya Perlis sahaja yang tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 5,990 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 753,328.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 96,236.

Dalam pada itu, 972 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 456 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 125 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 6,385.