- Iklan -
Berita

135 korban Covid-19 dicatat, kes baru meningkat jangkau 8,800

Selangor catat kes harian tertinggi sebanyak 4,152.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Saringan Covid-19 dijalankan petugas kesihatan di Labuan. Gambar: Bernama
Saringan Covid-19 dijalankan petugas kesihatan di Labuan. Gambar: Bernama

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 8,868 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 808,658.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,152 disusuli Kuala Lumpur (1,133), Negeri Sembilan (897), Perak (543), Kedah (360), Johor (336), Sarawak (281), dan Sabah (279).

Hanya Perlis (1) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 5,802 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 725,480.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 77,275.

Dalam pada itu, 952 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 445 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 135 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 5,903.