- Iklan -
Berita

63 korban Covid-19 dicatat, kes baru kekal lepasi angka 6,000

917 pesakit ditempatkan di ICU termasuk 443 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang penduduk di Taman Bukit Angkasa melihat dari jendela rumahnya ketika menjalani perintah lawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).
Seorang penduduk di Taman Bukit Angkasa melihat dari jendela rumahnya ketika menjalani perintah lawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,045 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 778,652.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,262 disusuli Kuala Lumpur (616), Negeri Sembilan (531), Johor (500), Sarawak (365), Perak (384), dan Kedah (332).

Hanya Perlis sahaja yang tidak mencatat sebarang kes hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 5,271 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 705,486.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 67,669.

Dalam pada itu, 917 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 443 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 63 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 5,497.