Saturday, July 24, 2021

Sarawak masukkan individu tanpa kewarganegaraan dalam program vaksinasi

Ketua Menteri Abang Johari Openg berkata individu yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang lengkap akan diberikan vaksin selepas disahkan ketua komuniti.

Other News

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg hari ini berkata individu tanpa kewarganegaraan di Sarawak akan dimasukkan ke dalam program vaksinasi negeri itu sebaik sahaja status mereka disahkan oleh wakil-wakil yang dipilih mereka atau pemimpin komuniti.

Bercakap dalam sidang media di Kuching, beliau berkata status mereka perlu disahkan kerana kerajaan negeri memahami wujud mereka yang lahir di Sarawak namun tidak memiliki dokumen lengkap pengenalan diri.

“Asalkan ada verifikasi daripada ketua kampung masyarakat mengatakan dia duduk di sini, lahir sini kita berikan suntikan,”

“Kalau ketua kampung beritahu memang dia lahir sini apa salahnya. Bagi sajalah, kita budi bicara,” katanya.

“Kita tak mahu nafikan vaksinasi kepada mereka. Sebab itulah saya lawat Kapit beberapa minggu lalu bagi memastikan mereka yang stateless tidak ketinggalan dalam usaha pemberian vaksin.”

Beliau menambah kerajaan negeri sudah memiliki mekanisme untuk menangani isu tersebut.

Di Sarawak, dianggarkan sekitar 60,000 orang yang lahir di kawasan pedalaman tidak memiliki kad pengenalan.

Salah satu faktor adalah jarak jauh tempat tinggal mereka dengan pejabat-pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang terletak di kawasan pekan dan pusat bandar.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles