- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 menurun bawah 5,000

60 korban akibat dicatatkan hari ini menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 3,968.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai yang hadir dan menunggu giliran sebelum menerima vaksin Sinovac di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas, Kuala Lumpur.
Orang ramai yang hadir dan menunggu giliran sebelum menerima vaksin Sinovac di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas, Kuala Lumpur.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,949 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 662,457.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,523 disusuli Sarawak (744), Kuala Lumpur (503), Johor (430), Negeri Sembilan (323), Sabah (273).

Pulau Pinang dan Kelantan merekodkan angka kes yang sama sebanyak 214.

Hanya Perlis (1) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 6,588 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 586,864.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 71,625.

Dalam pada itu, 921 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 459 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 60 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 3,968.