Monday, June 21, 2021

Program vaksinasi sektor peruncitan bermula Jun depan

KPDNHEP diberi tanggungjawab merancang dan menyelaras program vaksinasi sektor peruncitan dengan semua pemain industri berkaitan.

Other News

Program vaksinasi bagi sektor peruncitan yang dianggarkan melibatkan lebih 500,000 pekerja akan dilaksanakan mulai Jun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan melaksanakan program vaksinasi bagi sektor peruncitan itu.

Nanta dalam satu kenyataan hari ini berkata KPDNHEP diberi tanggungjawab untuk merancang dan menyelaraskan program vaksinasi sektor peruncitan itu dengan semua pemain industri yang berkaitan.

“Memandangkan situasi pandemik Covid-19 yang semakin meningkat, pemberian vaksin kepada barisan hadapan ekonomi dilihat sangat mendesak untuk disegerakan khususnya dalam kalangan pekerja sektor peruncitan bagi membantu mencapai imuniti kelompok di negara ini,” katanya.

Menurutnya, satu perjumpaan bersama CITF, persatuan dan pemain industri peruncitan diadakan hari ini, melibatkan kehadiran 60 wakil pemain industri peruncitan.

Syarikat yang berminat menyertai program berkenaan boleh mengemukakan permohonan melalui https://www.vaksincovid.gov.my/ atau berhubung dengan KPDNHEP melalui Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui e-mel kepada [email protected]

Nanta berkata KPDNHEP akan turut bekerjasama dengan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK), Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) dan Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) bagi mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di lokasi yang strategik di seluruh negara.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles