- Iklan -
Berita

Kes harian negara cecah 8,000, rekod angka tertinggi

Lebih 72,000 kes aktif direkodkan sementara 808 orang ditempatkan di ICU.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan melaksanakan ujian saringan Covid-19. Malaysia mencatat rekod tertinggi kes baru mencecah lebih 8,000.
Petugas kesihatan melaksanakan ujian saringan Covid-19. Malaysia mencatat rekod tertinggi kes baru mencecah lebih 8,000.

Malaysia merekodkan kes baru tertinggi sebanyak 8,290 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 549,514.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,052 disusuli Kelantan (851), Kuala Lumpur (830) Johor (762) dan Sarawak (698).

Sementara itu, hanya Perlis (8) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 4,814 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 474,139.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 72,823.

Dalam pada itu, 808 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 403 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 61 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 2,552.