Friday, June 18, 2021

79 dikompaun langgar SOP Covid-19 di Labuan

Kesalahan yang direkodkan termasuk gagal mengimbas kod MySejahtera, cuba merentas negeri tanpa permit polis dan gagal mematuhi arahan kuarantin.

Other News

Sekurang-kurangnya 79 individu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dari 3 Mac lepas hingga hari ini.

Pengerusi Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Labuan Rithuan Ismail berkata kesalahan itu termasuk gagal mengimbas kod MySejahtera dengan 27 kes, cuba merentas negeri tanpa permit polis (24) dan gagal mematuhi arahan kuarantin (19).

“Kompaun yang dikeluarkan antara RM1,500 hingga RM25,000…operator pusat hiburan dikenakan kompaun tertinggi itu kerana didapati menjalankan aktiviti hiburan pada waktu malam yang melanggar SOP,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata selain itu, sebanyak enam kesalahan direkodkan kerana tidak memakai pelitup muka dan tiga kes akibat gagal mengamalkan penjarakan fizikal.

Rithuan berkata sebanyak 492 premis termasuk bangunan kerajaan, rumah ibadat, sekolah, tempat awam dan rekreasi serta pengangkutan awam sudah disanitasi dari 3 Mac hingga hari ini.

“Anggota polis dibantu oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bersiap sedia di pintu masuk Labuan iaitu di terminal feri dan lapangan terbang untuk memastikan pengunjung mempunyai permit polis,” katanya.

Beliau berkata Labuan telah menubuhkan lima pasukan pemantau terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Perbadanan Labuan (LC).

Rithuan berkata pasukan ini yang dikendalikan oleh 85 anggota setakat ini telah melakukan pemantauan ke atas 610 premis dan 35 pusat kuarantin di hotel yang kini menempatkan 384 individu yang sedang dikuarantin.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles