- Iklan -
Berita

25% penduduk Malaysia sudah daftar vaksinasi

6.1 juta penduduk Malaysia mendaftar untuk suntikan vaksin di bawah PICK.

Farhira Farudin
1 minit bacaan
Kongsi

Sekurang-kurangnya 25% warga Malaysia yang disasarkan kerajaan telah didaftarkan untuk menerima suntikan vaksin di bawah program imunisasi Covid-19 kebangsaan (PICK).

Menteri penyalaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata 6.1 juta orang telah mendaftarkan nama mereka untuk menerima suntikan vaksin setakat ini.

Beliau turut mengumumkan kempen yang sedang dijalankan kerajaan untuk memastikan golongan yang tinggal di kawasan pendapatan tidak tertinggal dalam program vaksinasi kebangsaan.

Di bawah inisiatif yang diselenggarakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) tersebut, pegawai akan dihantar ke kawasan pedalaman dan kampung yang tidak memiliki akses internet.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata bantuan kewangan akan diberikan kepada mereka yang menghidapi kesan sampingan akibat vaksin.

Beliau turut berkata sejumlah RM10 juta turut diperuntukkan untuk bantuan tersebut.

Dalam sidang media bersama Khairy, beliau menamah RM500,000 akan diberikan kepada penerima-penerima yang meninggal dunia atau sakit kekal akibat suntikan vaksin bagi meringankan tanggungan keluarga yang terlibat.

Mereka yang menghidapi kesan sampingan vaksin turut dibenarkan untuk melanjutkan rawatan di hospital selain mendapat pampasan seanyak RM50,000.

Peruntukan tersebut akan diuruskan Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN) yang diuruskan Nadma.

“Langkah proaktif ini diambil oleh kerajaan bagi menangani kemungkinan kesan sampingan akibat vaksin,” kata Adham.