- Iklan -
Berita

Naib presiden Umno tak tahu wujud rundingan dengan PH

Rundingan Umno-PKR kini mendapat respons berlainan daripada pemimpin Umno sendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Mahdzir Khalid menerima suntikan vaksin Covid-19. Gambar: Bernama
Mahdzir Khalid menerima suntikan vaksin Covid-19. Gambar: Bernama

Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid berkata beliau tidak mengetahui wujudnya sebarang rundingan atau kerjasama yang bakal dijalin di antara pemimpin tertinggi Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“Saya tak tahu sekiranya ada apa-apa bentuk rundingan, discussion atau sudah rule out plan untuk kerjasama,”

“Setakat ini, sebagai Naib Presiden, saya tak tahu mengenai hal-hal kerjasama ini,” kata Mahdzir dalam sebuah kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan rundingan antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dan pemimpin PKR.

Pada Oktober tahun lepas, MalaysiaNow turut mendedahkan surat kepada istana yang ditulis bersama oleh Zahid dan Najib, menyokong usaha Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai Umno.

Kedua-dua pemimpin tersebut tidak pernah mengakui dakwaan tersebut, namun kedua-duanya dilihat sering mendesak ahli Parlimen BN untuk mempertimbangkan sokongan kepada Anwar.

Zahid dan Najib adalah sebahagian daripada pasukan Anwar ketika mereka bersama-sama berjuang dalam Umno pada tahun 1990-an.