Saturday, July 31, 2021

Dua ahli Parlimen keluar PKR mahu bantu PM pulihkan ekonomi

Larry Sng berkata terlalu banyak politiking manakala Steven Choong berkata bersedia menyumbang menggunakan kepakarannya.

Other News

Dua ahli Parlimen PKR yang keluar parti itu hari ini dan mengisytiharkan sebagai bebas menyokong kerajan berkata, keputusan dilakukan demi kepetingan penduduk di kawasan mereka dan menambah terlalu banyak politiking ketika negara perlu dibangunkan semula.

Ahli Parlimen Julau Larry Sng yang juga bekas pengerusi PKR Sarawak memuji Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana membantu rakyat Malaysia semasa tempoh sukar sementara Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong berkata beliau bersedia menjadi jambatan antara kerajaan dan komuniti perniagaan.

“Saya percaya saya juga perlu memainkan peranan menyokongnya. Terlalu banyak masa sudah dibazirkan, politiking dan pertengkaran sementara rakyat menderita,” kata Sng beberapa jam selepas bertemu Muhyiddin dan beberapa pemimpin kanan kerajaan.

Sementara Choong berharap langkahnya hari ini akan memberikannya akses kepada agensi kerajaan dan menteri untuk mencari jalan penyelesaian berhubung isu-isu rakyat.

Katanya, masalah seperti banjir, pembuangan sampah haram, ah long, perumahan rakyat, pencemaran sungai dan masalah perusaha kecil dan sederhana boleh ditangani dengan secepat mungkin jika rapat dengan kerajaan.

“Saya berharap dengan pengalaman saya sebagai akauntan, juruaudit luar dan dalaman, agen cukai dan perunding perniagaan selama 40 tahun, saya boleh bekerjasama dengan semua menteri dan agensi kerajaan untuk mencari penyelesaian untuk isu-isu tersebut.

“Saya sudi membantu mana-mana pihak kerajaan khususnya di dalam bidang kepakaran saya,” katanya dan menambah beliau mempunyai idea tentang sistem percukaian supaya kutipan meningkat dan pada masa sama tidak membebankan komuniti perniagaan dan rakyat.

Sementara Sng yang menang kerusi Julau sebagai calon bebas pada pilihan raya umum 2018 yakin langkahnya akan menguntungkan rakyat di Julau.

“Saya tidak dapat memberikan khidmat secara efektif di Julau kerana kekurangan dana pembangunan yang sangat diperlukan.

“Dengan langkah hari ini, saya yakin saya dapat menunaikan janji pilihan raya saya kepada pengundi,”katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles